Monday 14 September 2015

NAMA SYARIKAT - APA NAMA YANG BOLEH, APA YANG TIDAK BOLEH


Update 2022
SSM ada mengeluarkan guide baru untuk pendaftaran nama perniagaan boleh refer rujukan ini

https://www.ssm.com.my/Pages/Legal_Framework/Document/Guidelines%20on%20Company%20Names.pdf

--------------------------------------------------------
Carian nama
,mencari nama syarikat boleh dikata kerja rutin harian saya, untuk maklumat semua carian nama merupakan process pertama  untuk anda menubuhkan syarikat. Tidak kira enterprise, persatuan, Sdn Bhd, Berhad. Carian nama adalah process pertama sebelum anda melakukan perniagaan atau aktiviti (bagi persatuan)

Dan hanya company secretary berlesen boleh melakukan carian nama kepada syarikat sdn bhd atau berhad, tetapi jikalau anda mendaftarkan enterprise, anda perlu melakukannya sendiri dengan menghantar Borang Carian Nama ini terlebih dahulu.

update March 2021
Sekarang perlu buat searh di ezbiz (https://ezbiz.ssm.com.my/?1) sahaja
sebelum itu. Ini website saya.
www.malayacorporate.com
*Jikalau perlu khidmat pensyarikatan boleh hubungi saya direct.

Video update 2021
Tahun 2021, saya akan keluarkan banyak video untuk pensyarikatan.Saya memohon maaf video kualiti kurang memuaskan disebabkan terdapat masaalah teknikal. Insyallah kualiti video akan diperbaiki, Harap perkongsian saya memberi sedikit tips kepada mereka yang memerlukan.





Jadi Kenapa perlu carian nama? Ingat dekat berjuta perniagaan di daftar di SSM. Dan SSM tidak mahu ada DUA (2) nama ada di pasaran kerana boleh menimbulkan kekeliruan.

Dan Nama merupakan Identify dan perniagaan anda, Jadi adalah digalakan mencari nama sesuai dengan perniagaan anda

Contohnya
Perniagaan Saloon - Beauty And Spa Sdn Bhd. Cuci Cuci Rambut Sdn Bhd
Makanan - Azizam Catering Sdn Bhd, Your Food Solutions Sdn Bhd)
Travel - Azizam Azizan Travel Sdn Bhd, Cuti-Cuti Sdn Bhd)
(Orang terus tahu apa perniagaan anda, hanya melihat nama anda)
Tetapi ini subjective, anda adalah owner, nama syarikat anda adalah di atas tangan anda.)
-Macam kami mengunakan Velvet Corporate Resources Sdn Bhd as nama syarikat kami)

Secara kesimpulan - Nama yang tidak boleh pakai adalah: 


  • Nama raja -raja (permaisuri,putera,puteri,Yang Mulia)
  • Nama yang dekat dengan agensi  kerajaan - (Persektuan, Negeri, Negara, Jabatan Menteri)
  • Nama persatuan Rasmi - Asean, Nato, Unesco, G7, UN
  • Syarikat Lain telah mengunakan nama tersebut (Contoh Velvet Holding, dan anda mahu mengunakan Velvet Group) -Sebutan berlainan tetapi makna sama) -SSM will reject.
  • Nama parti politic/Koperasi
  • Nama kawalan - Amanah, Antarabangsa, Bursa, Bumiputra, Buatan, 99 Nama Allah S.W.T
  • Nama tertentu hendaklah tidak terlalu umum, contohnya “Usaha Sdn. Bhd.” atau “Cantik Sdn.   Bhd.”
  • Gabungan Bahasa Inggeris dan Malay (Hari Wednesday Sdn Bhd), (Love Isnin Sdn Bhd)
  • Nama rekaan hendaklah memberikan maksud asal usul perkataan
  • Syarikat-syarikat kerajaan dan nama-nama yang telah terkenal berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan seperti ”Astro”, ”DIGI”, ”Berjaya”, ”Chase”, ”HICOM”, ”Petronas”,Intrakota”,”Celcom”, ”Pernas”, “”Perodua”, “Modenas”, “Telekom”,“Kenyir”, “Kulim Hi-Tech” “Cyber” atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya;
  •  Bagi syarikat travel adalah wajib mengunakan perkataan seperi :
    travel & tour di akhir nama syarikat anda. Seperti Azizam Azizan Travel & Tour Sdn Bhd, (Requested By Minister of Tourism)
  • Bagi kepada mereka yang ingin mengunakan nama sendiri atau nama ibu anda wajib melampirkan NRIC anda.
  •  Jikalau anda masih mahu mengunakan nama kawalan, anda wajib meminta kelulusan menteri, contohnya seperti Burger King. ada perkataan "KING" , anda boleh meminta kelulusan menteri (selalunya sebulan dua)

Download

Percuma Ebook

10 Tips Pemilihan Nama Syarikat
SILA singgah ke website saya.
Kemudian reply di live chat

website > Malaya Corporate













Anda juga boleh meminta kebenaran daripada syarikat tertentu jikalau anda ingin mengunakan nama yang telah wujud dengan meminta consent letter/resolution bagi anda mengunakan nama . (Contohnya Velvet Services Sdn Bhd dan anda mahu mengunakan Velvet Trading Services Sdn Bhd, anda perlu meminta kebenaran daripada Velvet Serives dengan meminta mereka mengeluarkan surat kebenaran/consent letter dan attach semasa carian nama)

Menurut subseksyen 23(3) Akta sekiranya sesuatu nama syarikat itu telah didaftarkan (sama ada dengan tidak disengajakan atau sebaliknya dan sama ada pada nama asalnya atau sebagai pertukaran nama) dengan nama yang tidak boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen 22(1) Akta, Pendaftar boleh mengarahkan syarikat itu menukarkan namanya dalam masa enam (6) minggu
dari tarikh arahan tersebut.

Dan SSM berhad membatalkan carian nama anda, Jikalau :
REAL Case contoh: 

WHITE QUEST ENERGY SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Menyerupai dan boleh dikelirukan dengan nama yang sedang tersimpan (reserved) di pejabat ini.BATAL RUJUK PERMOHONAN

KIPIDAP DONGIBAB SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Adalah tidak sesuai dan tidak diingini (undesirable) untuk digunakan sebagai nama sebuah syarikat

LS CONSULTING SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Menyerupai dan boleh dikelirukan dengan nama syarikat lain yang telah didaftarkan.
LS CONSULTANCY & MANAGEMENT SDN. BHD.

MACKENZIE & LEON SDN. BHD.
Tidak dapat diluluskan kerana:
Termasuk nama diri yang bukannya salah seorang Pengarah

Boleh refer posting tahun 2020.
Perkongsian saya tentang nama-nama syarikat yang di REJECT oleh SSM

Ini Link > 
http://azizamazizan.blogspot.com/2020/11/nama-nama-syarikat-yang-di-tolakreject.html








41 comments:

  1. Perkataan corperation boleh guna tak? Contoh farhana corperation

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak boleh sebab corporation telah menjadi controlled word daripada ssm.
      akan tetapi jikalau tuan ada sebab munasabah untuk mengunakaan ayat tersebut. boleh memberi penjelasan yang baik kepada ssm

      Delete
  2. Assalamualaikum. saya nak tanya, nama apakah yg sesuai utk lesen perniagaan kontraktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh direct whatapp saya or email ye
      0193960277/ azizamazizan@gmail.com

      Delete
  3. Aslmkm...nak tanya..Sesuai tak nama syarikat saya ni, AS Sha Adlia Empire enterprise?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tiada yg guna. Boleh sahaja mohon. All the best

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Dulu boleh. Sekarang kemungkinan kena dapat kelulusan negeri

    ReplyDelete
  6. Sya nak cari nama yg sesuai dengan workshop tyre & service

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting aktiviti perniagaan letak workshop

      Delete
  7. Boleh email kat sya tak ??
    Asmiahjufri94@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Saya nk cari nama yg ssuai untuk kerja kontrek ladang menggunakn jentera.

    ReplyDelete
  9. Belakang ada .co boleh tak tuan?
    Contoh beyazid.co

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun nak tau jugak ni. boleh ke nama letak .co atau & co?

      Delete
    2. Co hnye utk yg dlm acc 500k gtu.kan?sbb aritu nk buat co,dia bgtau cmtu lah

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Klu bisnes health n beauty ...mcm ner ea? Contoh alyas resources sdn bhd
    alyas solution sdn bhd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 ok. Yg penting tuan/puan selesa pakai. Cadangan utk daftar brand dgn myipo

      Delete
  12. Salam semua. saya tengah menyiapkan Ebook. Sebab ramai request.
    saya akan update. dari semasa ke semasa.
    terima kasih

    ReplyDelete
  13. Salam..
    Boleh tak bagi contoh nama syarikat yg berkaitan dengan pelancongan kontraktor dan telekomunikasi ?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  14. dautejeay interprais boleh tak pakai nama dautejeay air con & electrical service.

    ReplyDelete
  15. Salam bole tak bg contoh nma syarikat berkaitan dgn kontraktor dan pembekalan utk sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua nama ok. Yg penting dpt kelulusan ssm

      Delete
  16. Assalamualaikum... saya nak tanya. Sekiranya saya daftar perniagaan menggunakan nama saya sendiri iaitu nama dlm ic, then bila saya nak buka kedai saya seperti bakery adakah saya dibenarkan buat nama seperti "nina pastries"?

    ReplyDelete
  17. H&N FOOD SUPPLIERS SDN. BHD. BLEH KE

    ReplyDelete
  18. Saya nak buat kerja electric dan aircond
    Boleh saya tahu nama yang sesuai untuk business saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada specific requirement. Semua nama boleh dipakai.

      Delete
  19. haii boleh tahu nk bagi nama ape ek company ..bidang electrical

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni mmg tiada specific requirment. tp dekat description perniagaan kena mention electrical sbb kalau apply lesen mcm cidb dia nk tgk. all the best

      Delete
  20. Ikut negeri. Kalau johor kena dpt kelulusan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  21. Asalammualaikum, saya nak tanya ape yng sesuai untuk nama syarikat yang menyediakan aircon service

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. semua nama ok tuan. Ada je client saya nama dia techmaster. tak melambangkan aircond. tp yg penting nature of business mention activity perniagaan

      Delete
  22. Assalamualaikum..klu nama syarikat dna empire sdn bhd ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sudah ada yang mengunakkan nama ini. Jadi untuk lulus itu tipis, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut

      Delete
  23. dah ada owner enterprise own nama ni. Melainkan enterprise tu anda punya. Kita kena buat surat kebenaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gabungan nama apa yg sesuai utk bisnes barber and bakery?

      Delete
    2. Tiada syarat ditetapkan untuk Nama perniagaan Barber dan bakery. Saya galakkan mengunakan nama yang catchy untuk menarik minat pembeli

      Jadi semoga maju jaya

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...