Saturday 29 October 2016

My small office. Pekara yang Perlu Anda tahu/Consider Apabila hendak sewa kedai/Office.

My small office.

Alhamdulillah, saya sudah ada small office. Saya masih di peringkat awal, jadi tidak boleh memilih sangat. Apa sahaja peralatan yang ada 100 percent saya mengunakan.
Kewangan pn tidak strong lagi. Jadi perlahan-lahan lah saya akan upgrade.

Walaupun masih kecil, terdapat pelbagai ilmu saya belajar semasa hendak buka office ini. 
Berlokasi di Pandan Jaya. Saya rasa buat masa ini, di sini je saya beroperasi. Insyallah pelahan-lahan akan upgrade.

Jadi hari ini saya ingin berkongsi perkara yang saya belajar dan anda perlu ambik kira/perlu tahu jikalau anda ingin membuka office

  1. Kos/Cost - Duit, Well jikalau anda hendak sewa office. Macam sewa rumah juga, kena bayar 2 + 1, jadi pastikan betul2 jikalau anda decide hendak buka office. Perlu ke? if btl2 perlu baru buka. Sebab saya kenal ramai orang, mereka buka setahun dua. Then tutup kerana jarang datang office. Jadi jika anda sangat jarang pakai office, amat di galakkan sewa virtual office sahaja. (setiap wang perlu di jimat)
  2. Location - Ini sangat memainkan peranan, dan depend kepada perniagaan anda. If anda menjual product, pastikan senang nk access oleh semua orang. Tetapi saya services, jarang sekali orang akan keoffice. Saya hanya pastikan client senang nk dtg parking
  3. Sewa Mahal - Di KL, average sewa adalah rm800 dan keatas. Itu pn tempat dah hujung dunia dah tu. Ini perlu anda consider jikalau baru sahaja berniaga. Setiap ringgit adalah penting pada kita di peringkat awal ini.
  4. Peralatan- Saya nasihatkan, tidak payah lah beli barang baru. Try la beli barang secondhand dulu, sebab kita sewa office murah, so mesti kita akan plan nk pindah. Jadi beli yang penting sahaja dahulu. Avoid kan membazir.
  5. Signboard - Haa, ini memang saya belajar. Jikalau anda nk tahu. Signboard ada lesen dia tersendiri. Dan anda kena apply di majlis perbandaraan anda. Harga mengikut size (kena bayar every year ye)
  6. Cost Renovation - Jikalau anda plan nk berniaga, renovation mmg anda kena consider, sbb ianya penting, but jikalau anda di peringkat awal ini. Buat yang perlu sahaja, or nk senang buat front desk je. Di belakang biar pakai kerusi plastic pn ok.
  7. Internet/telefon - Haa, jangan lupa include cost ini didalam  rancangan anda. Sebab ingat benda ini sangat penting.


Ingat, office sangat penting jikalau anda hendak mendaftar di kementerian Kewangan (MOF), dan mempunyaai office menunjukan anda serious menjalan kan perniagaan. Jadi nasihat saya, jikalau anda seperti saya (masih di peringkat awal). Sewa lah kecil kecilan dulu. Sebab kita kena jimat apa sahaja perkara yang boleh jimat.

Di bawah ini, saya berkongsi gambar office saya. Kecil lagi, but still ada progress. Walaupun kecil, saya habis hampir RM800 untuk membeli meja/almari dan lain-lain. So consider betul-betul jikalau anda ingat membuka office. Ok sampai disini sahaja. Thanks for reading :)

Design sendiri je. Boleh laaa
Kecil Macam ini pn, habis hampir RM800


No comments:

Post a Comment

Sudah ada bangunan Sendiri Tahun 2024 - Ini Story saya

Alhamdulillah, Alhamdulillah permohonan saya di bawah program untuk memiliki pejabat dengan sebuah agensi kerajaan telah diluluskan. Jadi Im...